March 6, 2011

saya anti 5 huruf nie SGT2!!

Teka-teki mgu ni ialah...jeng jeng jeng(muzik saspen sambil ade bunyi petir)..huruf ape yg paling korg x suke skali??? eh teka teki ke 2???layan jela..bkn teka teki teka tekuk sbnrnye, just nk tnya2 je..sebab mlm ni dh dikuasai dgn rasa tension yg tersangat2 lah tension dan tiada ape yg lebih tension dari tension setension-tensionnya..ni sume F.Y.P punye psl..ha, tu dh 3 huruf yg tersenarai sbg huruf plg dibenci sem ni..ade lg 2 huruf..T.L..so total ade 5 huruf yg plg di anti kan sem ni..calon-calonnya ialah:-


p/s: TL, tolongla jgn kwn dgn FYP..sy x suke :(

March 5, 2011

Kenapa doa tidak termakbul??

Anda pernah rasa mcm tu?? mungkin pernah atau tak.

Seorang pemuda asyik mengeluh kerana doanya tidak pernah termakbul, sedang dia melepak di sebuah kedai makan dia didatangi seorang tua. Org tua tu berkata " tuan bolehkah tuan memberi sy wang 100 ringgit?". Pemuda itu membalas, ' maaf lah pakcik, sy ni xkenal pn pakcik, so sy xdapat lah nak bagi ape yg pakcik minta tu. Pakcik cari la org lain ye. Org tua tu terus ketawa, dan terus berkata, setiap kali ko berdoa, Allah akan ckp perkara yg sama kepada tuan seperti yg cakap kepada sy tadi.Maka tuan perlu KENALI DIA , DIA bersembunyi didalam TERANG. Jika Berjalan tuan Mengejar DIA, DIA berlari kearah tuan. Jika berlari tuan mengejar DIA, dengan sepantas kilat DIA berada di hadapan tuan. Sebaik habis sahaja berkata2, org tua tadi terus hilang dari pandangan sehingga pemuda tadi terpinga2.

Wallahualam..ni pula sy terbaca tentang beberapa sbb doa kita tidak dimakbulkan..

10 sebab doa tidak termakbul

1) Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
2) Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
3) Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
4) Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
5) Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
6) Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
7) Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8) Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
9) Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
10) Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.

p/s:utk renungan bersama

March 4, 2011

Luahan ayam kpd lembu

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua
tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de
nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari
dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak
bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum
susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...